23/09/2017

APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah

APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah


Malaysia menampilkan pencapaian terbaik sebagai naib juara pada APG KL2017 dalam masa lapan tahun.

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian terbaik sebagai naib juara pada acara sukan dwitahunan itu dalam masa lapan tahun dengan merangkul 90 emas, 85 perak dan 84 gangsa.

Kuala Lumpur mengucapkan selamat tinggal kepada APG di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini malam ini apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penutupan secara rasmi temasya sukan yang disertai lebih 1,000 atlet dan pegawai daripada 11 negara dari Asia Tenggara.

Kontinjen Indonesia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.

Walaupun gagal mencapai sasaran 103 emas, atlet para Malaysia mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi apabila berjuang bermati-matian untuk menyamai kecemerlangan negara sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lepas.

Thailand menduduki tangga ketiga dengan 68 emas, diikuti Vietnam dengan 40 emas, Filipina 20, Myanmar 11,

Singapura 10 sementara Brunei dan Timor Leste, masing-masing dengan dua emas. Kemboja membawa pulang lima perak dan lima gangsa sementara Laos meraih empat perak dan empat gangsa. - Bernama