30/08/2017

Ketiadaan Ultras Malaya beri kesan

Ketiadaan Ultras Malaya beri kesan

Kim Swee bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas perlawanan malam tadi.

SHAH ALAM - Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee memuji persembahan cemerlang anak buahnya sepanjang kempen Sukan SEA di sini walaupun hanya menjalani latihan pusat untuk waktu yang singkat.

"Saya percya dengan barisan pemain muda yang berkaliber pada masa ini...kami berada di landasan yang betul untuk meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih baik," katanya. Beliau turut mengakui ketiadaan kumpulan penyokong tegar, Ultras Malaya di stadium telah memberi kesan besar kepada moral pemain.

Dalam pada itu, jurulatih Thailand, Worrawoot Srimaka turut memuji pemainnya yang menampilkan persembahan cemerlang sepanjang temasya itu di samping berjaya mempertahankan pingat emas.

"Saya bangga dengan prestasi pemain yang kebanyakannya membuat penampilan sulung pada Sukan SEA tetapi mereka bermain dengan baik dalam setiap perlawanan. - Bernama