29/08/2017

Beregu campuran negara Soon Huat-Shevon Lai meraih perak

Beregu campuran negara Soon Huat-Shevon Lai meraih perak


Soon Huat (kiri) dan Shevon Lai meraih pingat perak selepas tewas kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai , 21-15, 22-20.

KUALA LUMPUR - Beregu campuran Negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini.

Pingat emas menjadi milik beregu nombor lapan dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai selepas menundukkan gandingan negara, 21-15, 22-20 di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini.

Satu lagi beregu negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See berkongsi gangsa bersama pemain Thailand, Bodin Isara-Savitree Amitrapai.

Terdahulu, Peng Soon-Yee See tewas kepada Dechapol-Sapsiree 16-21, 21-18, 21-23 manakala Soon Huat-Shevon menang ke atas Bodin-Savitree 18-21, 26-24, 21-18 pada Isnin. - Bernama