28/08/2017

Azizulhasni dan Fatehah sumbang emas ke-111 dan 110 negara

Azizulhasni dan Fatehah sumbang emas ke-111 dan 110 negara

NILAI - Azizulhasni Awang menerima penghormatan apabila meraih emas ke-111 untuk kontinjen negara selepas menjuarai acara 200 meter pecut di Velodrom Nasional di sini sebentar tadi.

Azizulhasni yang diberi gelaran The Pocket Rocketman, 29, menewaskan rakan senegara, Mohd. Shah Firdaus Sahrom, 22, untuk menjelmakan emas individu pertamanya di Sukan SEA dan keenam untuk skuad basikal trek negara pada temasya kali ini.

Terdahulu, emas no. 110 hadir melalui Fatehah Mustapa yang seperti dijangka, tidak menghadapi masalah untuk menjuarai acara 200 meter pecut wanita.