28/08/2017

Eiman Firdaus raih emas

Eiman Firdaus raih emas


Eiman Firdaus

NILAI - Skuad berbasikal trek negara membuka tirai saingan hari kedua di Sukan SEA 2017 dengan meraih emas keempat sebentar tadi menerusi Eiman Firdaus Mohd. Zamri dalam acara 4km kejar mengejar individu lelaki.

Pada perlumbaan akhir yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini, Eiman, 19, mencatat masa 4minit:33.863 saat untuk menewaskan rakan senegara, Mohd. Nur Aiman Mohd. Zariff, 19, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa menjadi milik pelumba Thailand, Sarawut Sirironnachai.