28/08/2017

Hoki padang wanita raih emas

Hoki padang wanita raih emas


Skuad hoki negara meraikan kejayaan mereka.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki padang wanita terpaksa menunggu sehingga minit ke-46 sebelum memecah tembok pertahanan Thailand dalam laluan mereka memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Thailand yang berada pada ranking ke-31 dunia bertahan dengan kemas pada tiga suku permainan ketika berdepan tuan rumah yang berada di ranking ke-22, sebelum gol padang Hanis Nadiah Onn memecah kebuntuan.

Belum pun sempat Thailand mencari semula rentak, Nuraini rashid menjadikan kedudukan 2-0, selang seminit untuk memastikan pingat emas pada temasa Kuala Lumpur 2017 ini.