28/08/2017

Pasukan Putera Abdul Mateen peroleh gangsa

Pasukan Putera Abdul Mateen peroleh gangsa

Putera Abdul Mateen selepas perlawanan.

PUTRAJAYA - Putera Abdul Mateen Bolkiah berjaya membutirkan gangsa buat Brunei apabila mengetuai pasukannya mengalahkan Singapura 10-8 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29.

Dalam perlawanan di Taman Ekustrian di sini hari ini, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi sengit apabila terikat 3-3 pada chukka pertama, memasuki chukka kedua Brunei menggandakan asakan dan berjaya mendahului Singapura 6-4.

Cubaan Singapura untuk bangkit dalam chukka ketiga bagaimanapun berjaya dikekang Brunei melalui tonggak utamanya, Pangeran Muda Bahar Jefri, sekaligus menutup chukka tersebut dengan jaringan 8-7.