27/08/2017

Jun Hoong tuai emas 1m papan anjal

Jun Hoong tuai emas 1m papan anjal


Sultan Perak (kiri) menyampaikan pingat emas kepada penerjun negara, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas dalam acara 1 meter papan anjal invidu lelaki di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR - Juara dunia Malaysia, Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat emas acara 1 meter (m) papan anjal wanita temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, di sini hari ini.

Penerjun berusia 27 tahun itu memukau juri dengan terjunannya yang menarik untuk mengumpul 268.55 mata untuk berada di kedudukan teratas.

Anak kelahiran Perak ini mencatatkan mata 5.20, 49.45, 45.60, 55.90 dan 62.40 dalam lima pusingan.

Sementara itu, penerjun kebangsaan, Jasmine Lai Pui Yee yang menggantikan Nur Dhabitah Sabri di saat akhir, merangkul pingat perak selepas mengumpulkan 233.00 mata.

Penerjun Vietnam, Ngo Phuong Mai mengumpul 207.80 mata untuk gangsa. - Bernama