TERKINI

Budak lima tahun cedera parah terjatuh flat

Budak lima tahun cedera parah terjatuh flat

13/10/2017 8:15pm

Mangsa, N. Keshvin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dipercayai mengalami kecederaan parah pada kepala.


GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkap rumahnya di aras lima, Flat Relau Indah, Halaman Paya Terubong 2, Relau, di sini petang tadi.

Mangsa, N. Keshvin kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dipercayai mengalami kecederaan parah pada kepala.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semasa kedua ibu bapanya tiada di rumah manakala kakaknya berusia enam tahun pergi ke sekolah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Izwan Abd. Karim ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian berlaku dan memberitahu mangsa yang kritikal kini berada dalam keadaan stabil. - K! ONLINE

Process time in ms: 47