TERKINI

Peter Anthony dibebaskan

Peter Anthony dibebaskan

13/10/2017 10:58am


CINDY (dua dari kanan) hadir di Hospital KPJ Damai bagi prosiding mahkamah berikutan keadaan kesihatan Peter Anthony yang tidak mengizinkan.


KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret membenarkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony dibebaskan hari ini daripada tahanan reman dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan RM50,000 bersama dua penjamin rakyat tempatan untuk membebaskan Peter dengan jaminan SPRM tanpa deposit.

Prosiding dilakukan di Hospital KPJ Damai di sini berikutan keadaan kesihatan Peter yang dikejarkan ke hospital ketika dalam tahanan reman pada malam Selasa lalu.

Terdahulu, Cindy tiba dipekarangan hospital diiringi pegawai SPRM kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Sementara itu, peguam Martin Tommy berkata, urusan berkaitan dokumen membebaskan Peter akan diuruskan pada hari ini. - K! ONLINE

Process time in ms: 63