NEGARA

Tingkatkan perbelanjaan R&D

Tingkatkan perbelanjaan R&D


Ahmad Zahid (kanan) bersama Madius (duduk tiga dari kanan) menguji permainan simulasi ketika melawat galeri pameran Ekspo Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malaysia mampu berada pada tangga ke-20 dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang tahun 2050 sekiranya berjaya memanfaatkan peranan sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai asas penggerak agenda pembangunan sosioekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam era globalisasi, semua pihak harus menerima hakikat bahawa sumber alam dan modal kewangan bukan lagi indikator utama bagi mengukur tahap kemajuan sesebuah negara.

“Malaysia kini menduduki tangga ke-37 daripada 127 negara dalam laporan GII. Saya yakin Malaysia akan berada di tangga ke-20 sebelum tahun 2050.

“Selain perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibiayai kerajaan, pihak swasta juga perlu berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan bagi menyokong aktiviti ini,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31