TERKINI

Pengendali kren maut dihempap janakuasa elektrik

Pengendali kren maut dihempap janakuasa elektrik

12/10/2017 11:35pm


Jamil maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.


KUALA LUMPUR - Seorang pengendali kren maut selepas dihempap janakuasa elektrik di sebuah tapak pembinaan pangsapuri di Jalan 1/109F, Taman Desa di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 5.24 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jamil Mahamad, 35, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Sebelum kejadian itu, mangsa mengangkat janakuasa berkenaan menggunakan kren yang dikendalikannya namun terpaksa berhenti sementara berikutan hujan lebat sebelum kabel.

Mangsa dipercayai turun dan berdiri di sebelah kren sebelum kabel pengikat tiba-tiba terputus menyebabkan janakuasa itu menghempap badan mangsa hingga mengakibatkan kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nurul Jumaatullaily Nadirah Ibrahim berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sebelum sepasukan anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dikejarkan ke lokasi.

“Bomba tiba di lokasi berkenaan pada pukul 5.31 petang dan pihak perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kedah itu baru menimang cahaya mata keempat baru-baru ini. - K! ONLINE

Process time in ms: 15