RENCANA UTAMA

Lebar sayap ke peringkat antarabangsa

Lebar sayap ke peringkat antarabangsa

UPSI komited untuk mencapai sasaran menjadi antara 100 universiti pendidikan terbaik di dunia.


MINAT dalam bidang kecergasan dan fesyen membuatkan Dasyarina Daud, 39, atau lebih dikenali sebagai Dash menghasilkan jenama pakaian sukannya sendiri iaitu Gfit sejak 10 tahun lalu.

Memasang impian untuk menjadi salah satu nama besar dalam bidang fesyen maka, Dash yang juga pemilik studio kecergasan Grace Fitness telah mengambil keputusan untuk mengikuti program Mara in Fashion (MiF) sejak Ogos lalu.

MiF merupakan program di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang bertujuan membantu usahawan bumiputera mengembangkan perniagaan dalam bidang fesyen di dalam dan luar negara.

“Saya sangat bertuah diberi peluang mengikuti program ini kerana ia membuka peluang dan minda untuk mengembangkan perniagaan.

“Kami mendapat tunjuk ajar dan perkongsian secara langsung daripada pakar-pakar dalam bidang fesyen,” ceritanya ketika ditemui pada program MiF di Hotel Silka, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah anak sulung daripada lima beradik itu, MiF menjadi pemangkin semangat untuknya berjaya dalam bidang fesyen.

Dash yang berpengalaman selama 15 tahun sebagai jurulatih kecergasan memilih konsep athleisure (gaya aktif dan sihat) dalam rekaannya.

Terang Dash, bidang kecergasan sudah sebati dalam hidupnya dan dia memiliki pelbagai sijil jurulatih kecergasan dari dalam dan luar negara termasuk zumba, bokwa dan salsation.

Kini, Dash melancarkan program tarian kecergasannya sendiri yang dinamakan FitnJoy yang menyatukan aktiviti kecergasan dan rekaan fesyen.

“Fesyen athleisure masih baharu di Malaysia dan tidak banyak jenama tempatan menghasilkan rekaan sebegini.

“Istimewanya, rekaan ini tidak terhad untuk melakukan aktiviti kecergasan atau ke gimnasium tetapi ia merupakan trend semasa yang boleh digayakan secara santai sebagai persalinan harian.

“Saya juga ingin menarik lebih ramai orang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan dan sukan ini,” jelasnya yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai arkitek.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ingin menonjolkan keunikan negara Asia pada mata dunia dengan menerapkan elemen kesenian masyarakat ke dalam rekaan tersebut.

Empat fasa


SELEPAS 20 tahun, UPSI kini mempunyai pelbagai kemudahan blok asrama baharu untuk keselesaan pelajarnya.


Sementara itu, Penasihat dan Mentor MiF, Faizal Hamid berkata, program itu merangkumi empat fasa pembangunan usahawan yang mendapat tunjuk ajar daripada pakar-pakar dalam industri fesyen.

“Usahawan-usahawan ini akan didedahkan dengan pengenalan awal industri fesyen tempatan dan antarabangsa.

“Mereka juga akan membuat penyelidikan, penjenamaan, idea lakaran, pembuatan, pemasaran dan promosi yang sealiran dengan trend kontemporari, bercita rasa global serta memenuhi kehendak pasaran semasa,” tuturnya yang berpengalaman selama 20 tahun sebagai pensyarah fesyen.

Ujarnya lagi, usahawan-usahawan yang diterima menyertai MiF terdiri daripada pelbagai latar belakang dan perlu melalui saringan bagi melepasi kelayakan seperti yang ditetapkan oleh pihak Mara.

Mereka perlu mengikuti sesi temu duga dan 20 orang terbaik akan dipilih menyertai MiF berdasarkan portfolio, misi dan visi perniagaan.

Faizal yang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor berkata, perkara yang ditekankan adalah identiti jenama, konsep serta sasaran.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, usahawan MiF akan mengikuti program tersebut selama empat bulan manakala kelas atau seminar akan dilakukan sebanyak dua kali dalam sebulan di pelbagai lokasi.

“Usahawan perlu menyiapkan tiga rekaan untuk di pentas MiF Runway dan ia merupakan kemuncak kursus mereka di sini.

“Pemenang tiga terbaik akan berpeluang menjalani latihan kursus jangka pendek di London,” ujanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Usahawan terbaik


DEWAN SITC merupakan antara bangunan lama yang masih digunakan di UPSI sehingga kini.


Pada tahun lalu, empat usahawan terbaik dari MiF Runway telah diberi peluang untuk mempersembahkan koleksi fesyen eksklusif serta pameran di Muslim Lifestyle Show, Olympia, London.

Program di London merupakan platform permulaan yang ditaja oleh Mara untuk mempromosikan pereka-pereka bumiputera ke peringkat antarabangsa.

Ia selari dengan aspirasi Mara untuk membina ekosistem fesyen yang mantap dalam pembangunan negara.

Selain itu, lima usahawan terbaik daripada program MiF telah dipilih untuk mempersembahkan koleksi masing-masing di Minggu Fesyen Malaysia 2016.

Tutur Faizal, usahawan-usahawan yang menyertai MiF masing-masing mempunyai potensi besar maka, bakat tersebut tidak wajar dipersiakan sebaliknya mereka perlu diberi peluang untuk berjaya.

Dalam pada itu, seorang lagi usahawan MiF, Fyrose Zainuddin, 31 turut melahirkan kesyukuran kerana terpilih mengikut program tersebut bagi merealisasikan cita-citanya untuk berjaya dalam perniagaan fesyen.

Pemilik jenama Iris Jasmin yang telah menjalankan perniagaan baju kurung sejak dua tahun lalu mengakui, dia memperoleh banyak input terutamanya cara untuk mewujudkan identiti jenama dan menarik pelanggan untuk membeli produk tersebut.

“Sebelum ini, saya tidak tahu bagaimana hendak meningkatkan jualan dan pakaian itu hanya laris pada masa-masa tertentu seperti perayaan.

“Perkongsian yang dilakukan oleh pakar-pakar dan mentor telah membuka minda saya,” tuturnya yang berpengalaman selama lima tahun sebagai pensyarah seni reka fesyen.

Berbicara mengenai rekaannya, Fyrose berkata, dia menjadikan baju kurung sebagai inspirasi dalam menghasilkan busana dan mengekalkan penggunaan fabrik kapas kerana ia sangat selesa.

Elemen baju kurung seperti pesak gantung, kekek dan leher tulang belut diterapkan dalam menghasilkan busana tersebut.

Process time in ms: 62