TERKINI

Pelajar ditemui mati lemas di Kota Bharu

Pelajar ditemui mati lemas di Kota Bharu

25/09/2017 11:58pm


Pelajar ditemui lepas petang tadi.


KOTA BHARU - Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2 ditemui lemas selepas mandi di sungai berhampiran Jambatan Pasir Tumboh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang, mangsa Mohamad Lokman Hakim Othman, 14, dikatakan terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum tenggelam.

Menurut seorang saksi, Muhammad Saifulnizam Suhaimi, 18, dia yang kebetulan melalui kawasan tersebut tidak dapat membantu berikutan paras air yang dalam.

Jelasnya, dia kemudian meminta bantuan penduduk kampung dengan menarik mangsa menggunakan jala namun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.50 petang tadi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. - K! ONLINE

Process time in ms: 31