TERKINI

Mahadzir Lokman belum meninggal dunia, keadaannya stabil

Mahadzir Lokman belum meninggal dunia, keadaannya stabil

25/09/2017 2:59pm


Mahadzir Lokman


KUALA LUMPUR - Bekas pengurus kepada personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman menafikan penyebaran berita palsu yang mendakwa personaliti itu sudah meninggal dunia sebentar tadi.

Menurut Zahroul, dia mendapat tahu mengenai berita itu sekitar pukul 1 petang tadi selepas mendapat panggilan daripada anak saudara Mahadzir.

"Berita itu tidak benar sama sekali. Mahadzir masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi dan tidak sedarkan diri.

"Sekarang beliau masih di bawah pengawasan doktor," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mahadzir dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.

Keadaannya kini dilaporkan stabil dan keadaan darah serta pernafasannya sudah normal.

Mahadzir yang menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes mengadu sakit kepala sebelum tidak sedarkan diri selepas pulang dari Jakarta, Indonesia dua hari lalu. - K! ONLINE

Process time in ms: 31