NEGARA

Gadis Vietnam jatuh tingkat tiga

Gadis Vietnam jatuh tingkat tiga


Keadaan pelancong wanita warga Vietnam yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel Imbi, Bukit Bintang di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita warganegara Vietnam ditemui mati setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel Imbi, Bukit Bintang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pada pukul 1.20 petang, Pusat Kawalan Polis telah menerima maklumat daripada orang awam berkenaan kejadian tersebut lalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Wanita tersebut berumur dalam lingkungan 20-an dan semakan berdasarkan pasport miliknya yang turut ditemui di lokasi kejadian mendapati dia masuk ke negara ini pada 10 September lalu.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31