NEGARA

Pesawat bawa menteri tergelincir

Pesawat bawa menteri tergelincir


INILAH pesawat Beechcraft King Air B200GT yang dinaiki Fatimah dan rombongannya tergelincir dalam cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.


KUCHING Tujuh penumpang termasuk seorang juruterbang berdepan detik-detik cemas apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air B200GT yang mereka naiki tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.05 petang itu dipercayai berlaku akibat permukaan landasan yang licin ekoran hujan lebat.

Sebelum kejadian, pesawat itu dikatakan dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Mukah ke LTAK.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bersama lima pegawai kementeriannya turut berada di dalam pesawat ringan itu.

Bagaimanapun, kesemua penumpang termasuk juruterbang pesawat milik syarikat Hornbill Skyways Sdn. Bhd. tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 47