NEGARA

Kerajaan tidak akan naikkan kadar cukai

Kerajaan tidak akan naikkan kadar cukai


Najib (tengah) berjabat tangan dengan Subramaniam pada perasmian Perhimpunan Agung MIC ke-71 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cara itu bukan kaedah penyelesaian sebaliknya kerajaan akan mengkaji isu itu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Beliau berkata, masalah berkaitan kekurangan dana pinjaman PTPTN bukan hanya menjadi masalah dalam kalangan pelajar masyarakat India tetapi juga dialami semua kaum.

“Kami mendengar. Rakyat Malaysia tidak suka membayar cukai.

Mereka hanya suka cuti umum, makanan tetapi tidak suka bayar cukai lebih,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31