NEGARA

Clever Girl tiada soalan bocor

Clever Girl tiada soalan bocor


RANCANGAN Clever Girl Malaysia musim kedua menyaksikan persaingan sengit 14 gadis jelita dan bijak dari 14 buah negeri.


KUALA LUMPUR – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menafikan pihaknya bersikap pilih kasih sehingga tergamak memberikan soalan bocor kepada peserta tertentu dalam penerbitan rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua.

Pengurus Perhubungan Awam Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Muhammad Aziz berkata, pihak TV3 ingin menegaskan bahawa segala dakwaan melalui kenyataan salah seorang peserta rancangan tersebut yang menarik diri daripada program itu dua minggu lalu melalui Instagramnya adalah tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, TV3 dan pihak penerbit rancangan Clever Girl Malaysia menganggap isu berkenaan telah selesai selepas peserta tersebut, Syakirah Mohd. Azam atau Kiera memadamkan status di Instagram yang mendakwa dia menjadi mangsa pilih kasih program itu.

“Pihak TV3 mengambil maklum mengenai tindakan Kiera yang menarik balik kenyataannya mengenai rancangan Clever Girl Malaysia musim kedua seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31