NEGARA

225 ahli Group Party terkedu

225 ahli Group Party terkedu

Sebahagian daripada 62 individu yang ditahan kerana positif dadah semasa menyertai pesta liar di sebuah hotel di Jalan Medan, Ipoh kelmarin.


IPOH – Pesta liar dalam banglo, kondominium mahupun hotel semakin mendapat sambutan dalam kalangan muda-mudi negara ini. Sehari selepas tangkapan membabitkan 74 orang yang sedang ghairah berparti syabu sambil minum minuman keras di Johor pada Sabtu lalu, kelmarin perkara sama berulang di Jalan Medan di sini.

Semasa serbuan pada pukul 11.30 malam oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, seramai 225 individu berusia 18 hingga 35 tahun yang sedang ghairah berhibur terkedu apabila premis di tingkat tujuh sebuah hotel tiga bintang itu dikunjungi pihak penguat kuasa terbabit.

Daripada 225 orang yang diperiksa, seramai 166 peserta pesta liar itu berasal dari negeri ini.

Daripada jumlah 166 tersebut, 123 merupakan lelaki manakala 43 wanita.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, sewaktu pasukan JSJN menyerbu sebuah premis di hotel tersebut, semua peserta pesta itu sedang berhibur sambil diiringi dengan muzik yang kuat.

“Polis telah memeriksa dan menjalani ujian air kencing ke atas semua pengunjung sebelum mendapati 62 daripada mereka positif mengambil pelbagai jenis dadah.

“Salah seorang daripada lelaki yang ditahan memiliki dadah dipercayai jenis ekstasi,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Process time in ms: 31