TERKINI

Kedah mara ke separuh akhir Piala Malaysia

Kedah mara ke separuh akhir Piala Malaysia

24/09/2017 11:06pm


Pemain Kedah, Mohd Rizal Mohd Ghazali (kanan) mengasak Pemain Selangor, Mohd Raimi Mohd Nor pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 Selangor lawan Kedah di Stadium Darul Aman di sini, hari ini.


ALOR SETAR - Juara bertahan, Kedah berjaya menempah slot ke saingan separuh akhir Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Selangor 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman di sini sebentar tadi.

Skuad Helang Merah bimbingan Mohd. Nidzam Adzha Yusoff itu meneruskan kemaraan dengan kelebihan agregat 4-2.

Kedah berjaya memperoleh gol tunggalnya menerusi import, Sandro Da Silva melalui tendangan penalti pada minit ke-29.

Perlawanan malam ini berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan enggan menyerah kalah dengan saling melakukan serangan.

Keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Helang Merah turut meraih kemenangan 3-2 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada 15 September lalu. - K! ONLINE

Process time in ms: 47