TERKINI

Boleh datang ke sekolah pakai baju biasa - JPN Perlis

Boleh datang ke sekolah pakai baju biasa - JPN Perlis

24/09/2017 11:08am


Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersiap sedia disamping bot untuk memindahkan mangsa banjir di Perlis pada Khamis lalu.


KANGAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas banjir untuk datang ke sekolah esok dengan berpakaian biasa.

JPN dalam kenyataan hari ini turut menasihatkan kepada ibu bapa di kawasan yang terlibat banjir agar memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah.

"Begitu juga dengan alat tulis atau buku yang rosak, mereka tidak perlu bimbang sebaliknya apa yang perlu, pelajar berkenaan hadir ke sekolah seperti biasa esok," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menasihatkan orang ramai terutamanya kanak-kanak agar tidak bermain di tebing lima batang sungai kerana airnya deras.

Sungai berkenaan ialah Sungai Korok, Sungai Abi, Sungai Santan, terusan Lencongan Utara dan Sungai Perlis. - Bernama

Process time in ms: 31