TERKINI

Mayat lelaki ditemui terapung berhampiran Pelabuhan Kota Kinabalu

Mayat lelaki ditemui terapung berhampiran Pelabuhan Kota Kinabalu

22/09/2017 7:34pm


Mayat ditemui oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis. - Gambar hiasan


KOTA KINABALU - Satu mayat lelaki yang tidak dikenali ditemui terapung di perairan Pelabuhan Kota Kinabalu, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mayat lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi tadi, sebelum melaporkan kepada pihak polis.

"Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu yang diarahkan ke tempat kejadian menemui mayat mangsa yang berbaju merah dan berseluar pendek biru gelap itu di kawasan berkenaan. Namun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat itu.

“Pemeriksaan terhadap mayat itu kemudiannya dijalankan oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan mengesahkan mangsa mati dalam tempoh 12 jam sebelum mayat ditemui," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HQE untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

Process time in ms: 31