TERKINI

Agong berkenan hadir majlis bacaan Yasin dan doa selamat Maal Hijrah

Agong berkenan hadir majlis bacaan Yasin dan doa selamat Maal Hijrah

21/09/2017 9:22pm


Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan malam ini.


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat bersempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan 2017/1439 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada pukul 7.30 malam itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha dan beberapa anggota perwakilan asing.

Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan doa awal tahun 1439 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjamaah. - Bernama

Process time in ms: 31