TERKINI

341 mangsa masih tinggal di Pusat Pemindahan Banjir di Teluk Kumbar

341 mangsa masih tinggal di Pusat Pemindahan Banjir di Teluk Kumbar

21/09/2017 6:06pm


Mangsa banjir ditempatkan di Dewan Perda Teluk Kumbar.


BALIK PULAU - Seramai 341 mangsa banjir membabitkan 85 buah keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Perda Teluk Kumbar di sini sehingga pukul 5 petang ini.

Mereka merupakan penduduk di tiga buah perkampungan iaitu di Kampung Suluk, Kampung Paya dan Kampung Nelayan.

Ketika ini, keadaan air semakin surut dan rata-rata penduduk mula dilihat membersihkan kediaman mereka termasuk membuang kelengkapan rumah yang rosak.

Hujan lebat yang berterusan sejak pukul 3 pagi tadi mengakibatkan lebih 20 kawasan di negeri ini termasuk di Seberang Perai dinaiki air. - K! ONLINE

Process time in ms: 31