TERKINI

TH Terengganu ziarah waris jemaah meninggal di Mekah

TH Terengganu ziarah waris jemaah meninggal di Mekah

21/09/2017 6:13pm


Lembaga Tabung Haji.


HULU TERENGGANU - Lembaga Tabung Haji (TH) negeri meneruskan program ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada waris jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah pada musim haji tahun ini bagi memastikan kesemua waris menerima manfaat selayaknya.

Pengarah TH Terengganu, Datuk Mohyen Mosman berkata, seramai empat jemaah haji dari negeri ini yang berlepas ke Mekah pada 11 dan 12 Ogos lalu meninggal dunia di tanah suci akibat serangan jantung serta jangkitan kuman dalam paru-paru.

"Pihak TH telah menziarahi keempat-empat rumah waris jemaah dan menyampaikan sumbangan Takaful Khairat Kematian berserta air zam-zam dan kurma.

"Dengan terlaksananya program ziarah ini, diharap ia dapat mengeratkan lagi silaturahim dengan waris jemaah serta masyarakat sekeliling disamping mengurangkan kesedihan yang dialami oleh keluarga jemaah tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi waris Siti Esah Mohd., 78, di Kampung Sungai Ular, Kuala Berang di sini hari ini.

Mohyen berkata, Siti Esah merupakan salah seorang jemaah haji yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 September lalu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ie, Mekah. - K! ONLINE

Process time in ms: 47