TERKINI

Lebih 50 kediaman di Teluk Kumbar dinaiki air

Lebih 50 kediaman di Teluk Kumbar dinaiki air

21/09/2017 10:05am


Antara sebuah daripada lrbih 50 rumah yang dinaiki air banjir akibat hujan lebat yang berterusan turun sejak 3 pagi tadi.


BALIK PULAU - Lebih 50 kediaman di kawasan Teluk Kumbar di sini mula dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak pukul 3 pagi tadi.

Antara yang terlibat adalah di Kampung Suluk, Kampung Paya dan Kampung Nelayan.

Ketika ini penduduk dilaporkan mula mengangkat barangan elektrik dan perabot di tempat yang tinggi termasuk ada yang meninggalkan kediaman masing-masing.

Sementara itu, di Seberang Perai, sebanyak 15 kawasan seperti di Kampung Sethu dan Kampung Baru Simpang Ampat telah ditenggelami air akibat hujan yang berterusan sejak awal pagi tadi.

Dilaporkan sebanyak 17 buah kediaman mula dimasuki air. - K! ONLINE

Process time in ms: 47