TERKINI

Penutupan sementara KR1M sebahagian daripada proses penambahbaikan - Hamzah

Penutupan sementara KR1M sebahagian daripada proses penambahbaikan - Hamzah

21/09/2017 8:56am


Gambar fail.


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah berkata penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah sebahagian daripada penambahbaikan seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas.

Katanya langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan kementerian untuk menambah baik kelemahan sebelum ini melalui inisiatif yang dinamakan KR1M 2.0.

Penambahbaikan ini bukan sahaja menawarkan harga barangan keperluan lebih murah tetapi juga memberi lebih banyak pilihan barangan kepada pelanggan serta menggalakkan keusahawanan dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai, katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata penambahbaikan itu juga akan menggalakkan kerjasama yang lebih baik antara agensi kerajaan dan membuka peluang perniagaan yang luas kepada pengilang dan pengeluar tempatan.

Butiran lanjut mengenai penambahbaikan itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan ia merupakan sebahagian daripada komitmen kementerian untuk menambah baik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam, katanya. - Bernama

Process time in ms: 31