TERKINI

YGMB beri sumbangan kepada mangsa pusat tahfiz terbakar

YGMB beri sumbangan kepada mangsa pusat tahfiz terbakar

21/09/2017 8:51am


Mahdzir menyerahkan sumbangan kepada waris pelajar yang terkorban dalam kebakaran di Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut kelihatan Wan Munadi (kiri) dan Alimuddin (kanan).


KUALA LUMPUR – Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada waris pelajar dan guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sewaktu melawat ke pusat tahfiz tersebut.

Turut hadir Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Wan Munadi Wan Mamat dan pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd. Zahid Mahmood.

Pada sidang akhbar yang diadakan kemudian, Mahdzir memberitahu, pihaknya akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak berhubung cadangan meminda Akta Pendidikan 1996

(Akta 550) dengan memasukkan isu-isu berkaitan pendaftaran maahad tahfiz dan institusi pendidikan Islam swasta.

“Kita akan membuat perbincangan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Kita turut mengambil kira bagi pindaan Kurikulum Sekolah Kebangsaan dan Kurikulum Pusat Tahfiz di seluruh negara di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),” ujarnya. - K! ONLINE

Process time in ms: 32