TERKINI

Guru direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol pelajar

Guru direman tujuh hari bantu siasatan kes rogol pelajar

20/09/2017 11:04am


Seorang guru diiringi anggota Polis untuk membantu siasatan kes rogol membabitkan pelajar perempuannya.


KUCHING - Seorang guru direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki merogol seorang pelajar berusia 14 tahun pada tahun lalu dan awal bulan ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Majistret Zulhairil Sulaiman

bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuching di sini pada pukul 9 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di Tapah di sini pada pukul 7 malam semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas lelaki tersebut dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada pukul 5 petang.

"Perbuatan terkutuk lelaki berkenaan terbongkar selepas mangsa mendakwa telah dirogol oleh suspek kepada seorang guru di sekolahnya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa yang berusia 44 tahun.

"Berdasarkan laporan polis, ibu mangsa mendakwa suspek telah melakukan hubungan seks dua kali dengan anaknya di dalam sebuah kereta di kawasan terpencil di Siburan di sini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE

Process time in ms: 94