TERKINI

500 penduduk Kampung Tuah Jaya, Perling terjejas akibat banjir kilat

500 penduduk Kampung Tuah Jaya, Perling terjejas akibat banjir kilat

19/09/2017 9:22pm


Keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Tuah Jaya petang tadi.


JOHOR BAHRU - Kira-kira 500 orang dari 120 buah rumah di Kampung Tuah Jaya, Perling di sini terjejas apabila kediaman mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih dua jam petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan di Surau Hidayatul Muktadhin di kampung itu.

"Hujan lebat sejak 5.30 petang itu, menyebabkan banjir kilat melanda kampung terbabit ekoran limpahan air yang banyak daripada taman perumahan berhampiran.

"Dianggarkan 80 peratus daripada 160 buah rumah terjejas akibat dinaiki air dan mangsa yang terlibat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Ayub, bagaimanapun, keadaan banjir di kampung berkenaan mulai pulih ekoran air bah telah mengalir ke sungai berhampiran. - K! ONLINE

Process time in ms: 47