TERKINI

Tragedi tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan 1996

Tragedi tahfiz: Kerajaan cadang pinda Akta Pendidikan 1996

19/09/2017 5:18pm


Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat peringkat tertinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz di Perdana Putra di sini,hari ini.


PUTRAJAYA -  Kerajaan akan mempertimbangkan untuk meminda Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550 bagi membolehkan soal pendaftaran institusi pendidikan agama swasta dimasukkan dalam akta berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok untuk mendapat kelulusan Jemaah Menteri, dan jika diterima akta berkenaan akan dipinda.

"Buat masa sekarang, soal sekolah agama swasta tidak tercatat dalam Akta 550 dan tidak tertakluk pada akta ini, jadi mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz yang pertama hari mencadangkan ia dimasukkan dalam akta berkenaan.

"Kita akan membaca cadangan ini dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok dan jika diterima akan dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk diluluskan sebelum diperkenankan Yang Di-Pertuan Agong,"katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung selama dua jan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, bagaimanapun perkara berkenaan juga perlu dibincangkan dengan kerajaan negeri memandangkan soal agama Islam berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Process time in ms: 46