TERKINI

KWSP akan tingkat pelaburan dalam dana Ekuiti Swasta Patuh Syariah

KWSP akan tingkat pelaburan dalam dana Ekuiti Swasta Patuh Syariah

19/09/2017 3:12pm




KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia meningkatkan pelaburannya dalam dana ekuiti swasta (PE) yang mematuhi Syariah, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburannya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.

Bagaimanapun, beliau berkata dana berkenaan terhad.

Mohamad Nasir berkata dana pencen itu tidak memenuhi sasaran peruntukan aset sepenuhnya untuk segmen PEnya.

"Kami telah memperuntukkan 10 peratus daripada pelaburan kami dalam ruang alternatif yang terdiri daripada infrastruktur dan hartanah.

"Pelaburan PE kami kini berada pada empat peratus dan hanya separuh daripadanya dalam dana patuh Syariah," katanya, sambil menambah bahawa terdapat kekurangan dana sedemikian di pasaran domestik dan antarabangsa meskipun peningkatan permintaan dari negara-negara Islam.

Beliau berkata KWSP akan terus melabur dalam dana patuh Syariah dan konvensional secara serentak. - Bernama

Process time in ms: 62