TERKINI

Keluarga bangga tindakan murni Yusof selamatkan pelajar

Keluarga bangga tindakan murni Yusof selamatkan pelajar

14/09/2017 11:05pm


Yusof (kiri) membahayakan diri menyelamatkan pelajarnya dalam kebakaran asrama sekolah tersebut.


SLIM RIVER - Ahli keluarga kepada salah seorang guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur meluahkan rasa bangga dengan pengorbanan Mohd. Yusuf Md., 26, membahayakan diri menyelamatkan pelajarnya dalam kebakaran asrama sekolah tersebut.

Kakak mangsa, Norazni Md., 37, berkata, ahli keluarganya menerima ketentuan Allah itu dengan tenang kerana mangsa meninggal dunia untuk menyelamatkan nyawa para pelajarnya yang tidur di tingkat atas bangunan asrama berkenaan.

"Yusof pergi dengan baik kerana dia mahu menyelamatkan anak-anak muridnya yang terperangkap.

"Bagaimanapun, dia yang akhirnya terperangkap di dalam kebakaran tersebut selepas menyuruh pelajarnya keluar dari bangunan itu," ceritanya dalam keadaan tenang ketika ditemui pemberita di rumahnya di Felda Besout 4 di sini hari ini.

Tambah Norazni, adiknya yang juga warden di sekolah tersebut tidur di asrama bawah bangunan sebelum naik ke tingkat atas asrama bagi menyelamatkan para pelajar ketika api sedang marak.

"Ahli keluarga mengetahui mengenai kejadian tersebut pada pukul 7 pagi melalui jirannya namun masih belum mengetahui status mangsa pada ketika itu.

"Kami hanya mengetahui arwah Yusof meninggal dunia dalam kebakaran tersebut selepas namanya tiada dalam senarai mangsa yang terselamat dan tercedera," katanya.

Norazni menambah, adiknya itu merupakan seorang yang periang dalam kalangan keluarga dan suka mencium pipi ahli keluarganya sejak dari kecil. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 31