TERKINI

80,000 tapak tangan pada lukisan patriotik diiktiraf MBOR

80,000 tapak tangan pada lukisan patriotik diiktiraf MBOR

14/09/2017 11:38pm


Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Lebih 80,000 tapak tangan yang dicap pada lukisan mural berkonsepkan patriotisme sepanjang 600 meter di dinding Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang dekat sini mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Lukisan Tapak Tangan Terpanjang oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

Majlis Penutupan Lukisan Mural Tapak Tangan Patriotik Sempena Hari Kemerdekaan Ke-60 itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebanyak 82,126 tapak tangan diturunkan oleh rakyat berbilang kaum pada program lukisan anjuran MCA itu yang bermula pada 8 Ogos lalu, melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 60,000 tapak tangan.

Tengku Adnan berkata, usaha MCA dalam melaksanakan pelbagai program patriotik sepanjang sambutan bulan kemerdekaan wajar dipuji.

"Kita perlu merenung kembali pesanan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita, iaitu kemerdekaan dan kejayaan yang kita kecapi kini adalah hasil daripada perpaduan dan persefahaman antara rakyat berbilang kaum.

"MCA telah menjalankan pelbagai usaha dalam mengekalkan keharmonian dan memberi kesejahteraan kepada kaum Cina dan saya yakin masyarakat Cina yang rata-rata bersikap rasional akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional," katanya dalam ucapan penutup di sini sebentar tadi.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong. - K! ONLINE

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 31