TERKINI

JAWI diarah bantu urus jenazah pelajar, guru tahfiz

JAWI diarah bantu urus jenazah pelajar, guru tahfiz

14/09/2017 1:43pm


Maklumat lanjut mengenai kebakaran tersebut diperlukan sebelum mengambil tindakan termasuk memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul.


KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sudah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membantu menguruskan jenazah pelajar dan guru yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Dialog Antara Penganut Agama di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini, Jamil Khir berkata, beliau perlukan maklumat lanjut mengenai kejadian itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk memperbaiki apa-apa kelemahan yang timbul.

"Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga (pelajar dan warden yang terkorban) dan melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam dengan kejadian kebakaran ini," katanya.

Sejurus merasmikan program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) itu, beliau bergegas untuk kembali ke ibu negara bagi melawat pusat tahfiz berkenaan, meskipun masih mempunyai satu lagi program yang perlu dihadiri di sini.

Setakat 10.30 pagi tadi, kebakaran yang berlaku kira-kira 5.15 pagi itu mengorbankan 22 pelajar dan dua guru. - Bernama

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47