SUKAN

Trio PSG berpesta benam Celtic

Trio PSG berpesta benam Celtic


TRIO penyerang PSG, (dari kiri) Mbappe, Neymar dan Cavani meraikan jaringan pembukaan pada perlawanan yang menyaksikan PSG membelasah Celtic 5-0 di Celtic Park awal pagi semalam.


GLASGOW – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) membuka langkah kanan apabila membenam Celtic 5-0 pada aksi Liga Juara-Juara di Celtic Park awal pagi semalam.

Meskipun beraksi di tempat lawan, PSG dilihat tidak berdepan sebarang tekanan, malah menurunkan barisan terbaiknya bagi me­­nerajui Kumpulan B.

Gandi­ngan Kylian Mbappe, Neymar dan Edinson Cavani cukup serasi apabila masing-masing meledak gol kemena­ngan.

Ketua jurulatih PSG, Unai Emery berkata, pihaknya sudah belajar daripada kesilapan lalu apabila tersingkir seawal pusingan 16 pasukan terbaik dan yakin kemenangan tersebut menjadi pemang­kin untuk terus mencatat keputusan positif.

“Kami bersedia dan bekerja keras untuk menghadapi saingan ini. Musim lalu kami gagal mara ke pusi­ngan suku akhir apabila tewas kepada Barcelona.

“Jadi, kami melakukan sebaik mungkin agar kekecewaan tersebut tidak berlaku lagi musim ini. Secara jujur, pemain mula menunjukkan pelbagai karakter dalam permainan mereka.

“Ia merupakan perkara positif tetapi hal yang utama adalah bekerja dalam satu pasukan. Buat masa ini, saya berpuas hati dengan strategi yang digunakan meskipun ber­aksi di tempat lawan,” kata Emery.

Menerusi saingan tersebut, kehadiran bekas pemain Barcelona ke PSG musim ini sa­ngat berbaloi apabila Neymar membuktikan dia antara yang terbaik selepas menja­ringkan gol pertama seawal minit ke-19 sebelum Cavani menyempurna­kan sepakan pe­nalti ketika perlawanan berbaki lima minit untuk tamat.

Bersambung babak kedua, Mbappe mempamerkan ta­ring sebenar apabila menyumbangkan gol ketiga PSG.

Celtic te­rus tertekan apabila menghadiah­kan gol keempat buat PSG apabila Mikael Lustig menjaringkan gol sendiri pada minit ke-84. Lima minit sebelum tamat, Cavani meledak gol kemenangan buat PSG. – Agensi

Rencana Utama!»

Barang terbuang jadi sumber pendapatan

Uncle Chang’s Dive Lodge merupakan resort pertama melaksanakan inisiatif hijau di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Process time in ms: 47