DUNIA

Modi lancar projek kereta api peluru India

Modi lancar projek kereta api peluru India


SEORANG pekerja membersihkan paparan yang menampilkan gambar Abe dan Modi menjelang lawatan Perdana Menteri Jepun berkenaan ke bandar Ahmedabad, India pada Ahad lalu. - REUTERS


NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi dan rakan sejawatnya dari Jepun, Shinzo Abe akan menghadiri majlis pecah tanah projek kereta api peluru pertama negara itu hari ini.

Modi akan meletakkan batu asas rangkaian kereta api peluru itu di bandar Ahmedabad, barat India. Laluan sulung itu akan menghubungkan bandar di negeri kelahiran Perdana Menteri berkenaan, Gujarat dengan ibu kota kewangan India, Mumbai.

Jepun merupakan antara perintis teknologi kereta api peluru. Tren Shinkansen milik negara matahari terbit itu adalah antara terpantas di dunia dengan kelajuan mencecah 350 kilometer sejam, dua kali ganda lebih pantas daripada kereta api paling laju di India.

Projek mega itu dapat mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar raya itu daripada lapan jam kepada tiga jam setengah sahaja.

Perjanjian untuk membina laluan kereta api sejauh 508 kilometer itu ditandatangani pada tahun 2016 dan dijangka beroperasi pada Disember 2023.

Hampir 85 peratus daripada kos projek berkenaan yang berjumlah AS$19 bilion (RM79 bilion), disediakan oleh Tokyo menerusi pinjaman mudah dengan tempoh pembayaran balik lebih 50 tahun. Rangkaian kereta api era kolonial India sekarang membawa seramai 22 juta penumpang pada setiap hari, menjadikannya antara paling sibuk di dunia.

Namun, ia juga antara yang paling berbahaya. – AFP

Rencana Utama!»

Lokomotif stim 6015 identiti berharga Sabah

LOKOMoTIF 6015 merupakan kereta api stim tunggal di Sabah yang berusia lebih separuh abad dan masih boleh digunakan.

Varia!»

Mencari pewaris peniup serunai

Mohd. Amir menunjukkan serunai yang dimainkan selepas selesai melakukan persembahan di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Process time in ms: 47