TERKINI

Sembilan lelaki termasuk empat anggota Geng Kamal Roning disyaki aktif curi kenderaan diberkas

Sembilan lelaki termasuk empat anggota Geng Kamal Roning disyaki aktif curi kenderaan diberkas

13/09/2017 7:50pm


Idris (kiri) bersama Deputi Superintendan Mohd Suffian Sulaiman memeriksa komponen motosikal curi termasuk dua buah kereta yang ditahan dalam kes berasingan selepas sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu hari ini.


KUALA TERENGGANU - Polis berjaya menahan sembilan lelaki termasuk empat anggota sindiket yang dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri kenderaan di sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus baru-baru ini.

Kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun tersebut ditahan lima serbuan berasingan dari 7 September hingga Isnin lalu bersama enam motosikal pelbagai jenis, sebuah kereta Perodua Viva, tiga casis motosikal, empat nombor pendaftaran kenderaan dan sebuah mesin pencanai.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd. Rafar berkata, dalam serbuan pertama, salah seorang anggota Geng Kamal Roning berjaya ditahan di hadapan sebuah bank di Batu 6, Kuala Nerus pada pukul 8.45 malam, 7 September lalu.

"Penahanannya kemudiannya telah membawa kepada penangkpan tiga lagi suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 35 tahun di sebuah rumah di Kampung Duyong Besar di sini yang dipercayai menjadi lokasi mereka meleraikan motosikal-motosikal curi.

"Geng Kamal Roning didalangi seorang mekanik berusia 35 tahun dan kumpulan jenayah tersebut dipercauyai aktif melakukan kegiaan mencuri motosikal sejak tiga bulan lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31