TERKINI

Terengganu lancar tabung kemanusiaan dan skuad sukarelawan bantu Rohingya

Terengganu lancar tabung kemanusiaan dan skuad sukarelawan bantu Rohingya

13/09/2017 4:33pm


Ahmad Razif


KUALA TERENGGANU - Kerajaaan negeri Terengganu akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya bagi membantu etnik monoriti Islam berkenaan yang sedang ditindas di Myanmar.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, tabung kemanusian berkenaan yang akan dilancarkan pada masa terdekat sebagai saluran kepada rakyat negeri ini untuk menghulurkan bantuan terhadap komuniti Rohingya.

Beliau berkata, skuad Sukarelawan TTB (Transformasi Terengganu Baharu) yang bersedia untuk menawarkan bantuan kemanusiaan kepada komuniti Rohingya juga akan ditubuhkan tidak lama lagi.

"Skuad sukarelawan itu terbuka kepada semua rakyat negeri ini yang berminat dan bersimpati dengan nasib etnik Rohingya.

"Kita bersedia untuk menghantar (skuad Sukarelawan TTB) untuk melakukan bantuan kemanusiaan ke Bangladesh secepat mungkin sekiranya mendapat kebenaran pihak berkenaaan termasuk Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra)," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau ditemui selepas menyampaikan Wang Pendahuluan Diri kepada enam pelajar tajaan Yayasan Terengganu ke Universiti Nottingham, Britain di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 15