TERKINI

Halimah Yacob diisytihar Presiden Singapura Ke-8

Halimah Yacob diisytihar Presiden Singapura Ke-8

13/09/2017 3:06pm

Halimah


SINGAPURA - Singapura bakal mempunyai presiden wanita pertama setelah Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu hari ini.

Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah esok di Istana.

Pegawai Pilihan Raya Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar di sini di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.

Bekas Speaker Parlimen itu yang tiba awal di pusat itu kira-kira 11.15 pagi tadi bersama suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, merupakan satu-satunya calon yang layak diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden.

Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan. - Bernama

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 46