TERKINI

Apple lancar iPhone X, 8, 8 Plus

Apple lancar iPhone X, 8, 8 Plus

13/09/2017 11:14am


Apple memberi kejutan kepada para penggunanya dengan memperkenalkan tiga telefon pintar sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-10 telefon pintar yang asal.


CALIFORNIA, Amerika Syarikat - Apple Inc. melancarkan siri telefon pintar baharu yang dinanti-nantikan para penggunanya di seluruh dunia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus hari ini.

Selain dua telefon pintar baharu itu, Apple turut memperkenalkan produk premiumnya iaitu iPhone X pada satu majlis pelancaran istimewa yang berlangsung di Teater Steve Jobs di sini hari ini.

Peranti iPhone 8 dan 8 Plus yang dilancarkan itu merupakan versi penambahbaikan kepada iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dimana Apple mengemaskini beberapa ciri utama yang terdapat pada produk semasa.

Bukan itu sahaja, Apple turut memberi kejutan kepada para penggunanya yang mempunyai tanggapan bahawa iPhone 8 akan menjadi telefon baharu utama syarikat tersebut sebaliknya telah memperkenalkan tiga telefon pintar sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-10 telefon pintar yang asal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook bahawa hasrat pihaknya adalah sentiasa mencipta sesuatu yang begitu ajaib, berkuasa dan perkakasan bersifat maya.

Mengenai ciri kekuatan rekaan dan warna peranti baharu itu, iPhone 8 dan 8 Plus sebenarnya didatangkan dengan rekaan yang sama seperti generasi sebelum, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Versi kecil mempunyai skrin 4.7 inci sementara peranti yang lebih besar memiliki skrin 5.5 inci dan kamera belakang yang hadir dengan 12 megapixel.

Peranti terbaharu itu juga turut diperkenalkan dengan cip pemprosesan A11 Bionic, iaitu “cip paling kuat dan paling bijak yang pernah ada dalam telefon pintar.

Peranti iPhone 8 terbaharu itu didatangkan dalam tiga pilihan warna seperti silver, space grey dan blush gold manakala iPhone X pula tersedia dengan warna silver serta space grey. - Agensi

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 32