SUKAN

Apa sudah jadi Verstappen – Mass

Apa sudah jadi Verstappen – Mass


VERSTAPPEN perlu membuktikan dirinya pelumba berbakat dan layak menyertai pasukan Red Bull memandangkan prestasinya kebelakangan ini agak merudum.


LONDON – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Jochen Mass berpendapat bahawa Max Verstappen masih perlu membuktikan kualiti yang ada pada dirinya memandangkan satu-satunya kemena­ngan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) yang dimenanginya sebelum ini bukan disebabkan tuah semata-mata.

Berhijrah ke pasukan Red Bull menjelang GP Sepanyol pada 2016, pelumba berusia 19 tahun itu pernah mengagumkan ramai pihak apabila meraih kemenangan pada aksi pertamanya bersama pasukan berkenaan.

Bagaimanapun, gelaran GP itu merupakan satu-satunya kemena­ngan yang diraih setakat ini dan tiada lagi gelaran buatnya pada perlumbaan-perlumbaan selepas itu.

“Verstappen terlalu cepat ber­puas hati dengan dirinya. Saya rasa dia masih ada banyak lagi perkara untuk dibuktikan. Oleh kerana dia mendapat kejayaan terlalu cepat, dia rasa sudah berada di kedudukan selesa.

“Sekarang ramai yang mengharapkan kejutan daripada pelumba muda itu. Sudah tentu, Verstappen merupakan seorang pelumba yang berbakat. Kita perlu melihat bagaimana dia beraksi pada masa hadapan,” ujarnya.

Sebagai rekod, pelumba kelahiran Belgium-Belanda tersebut telah menaiki lapan podium sepanjang 53 perlumbaan yang disertainya setakat ini.

Sementara itu, Verstappen menyatakan dia sudah bersedia untuk diuji pada GP Si­ngapura minggu depan dan percaya mampu membantu pasukan meraih tempat di podium.

“Saya tak sabar untuk berlumba di Singapura. Kami telah menghadapi satu perlumbaan sengit di sana pada tahun lalu dan saya yakin kami dapat raih satu podium tahun ini,” ujarnya. – AGENSI

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 172