SUKAN

‘Sudah-sudahlah angkat Ronaldo menang Ballon d’Or’

‘Sudah-sudahlah angkat Ronaldo menang Ballon d’Or’


RONALDO masih dicalonkan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini dengan dicabar rapat oleh Messi dan Griezmann.


MADRID, Sepanyol – Pemain pertahanan Atletico Madrid, Filipe Luis percaya bahawa Cristiano Ronaldo tidak berbaloi untuk memenangi lagi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Penyerang Real Madrid itu sebelum ini telah meraih empat anugerah tersebut termasuk tahun lalu dan Ronaldo sekali lagi disebut-sebut untuk memenangi Ballon d’Or buat kali kelima selepas membantu kelab gergasi Sepanyol itu memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga pada musim lalu.

Pun begitu, Luis menganggap lebih ramai calon lebih konsisten berban­ding bintang Portugal tersebut yang gagal membantu pasukan kebangsaannya memenangi Piala Konfederasi di Rusia pada Jun lalu.

“Anugerah Ballon d’Or adalah subjek utama. Ro­naldo tidak berbuat apa-apa sehingga dua bulan terakhir lalu,” katanya kepada Panenka.

Pada masa sama, Luis juga bercakap mengenai pencabar terdekat Ronaldo, Lionel Messi dan dia memuji kehebatan penyerang Barcelona berusia 30 tahun itu.

“Saya menyanjungi Mes­si, dia tidak pernah mengadu kepada saya dalam mana-mana perlawanan tetapi saya juga tidak pernah meminta jersinya dan tidak akan sesekali berbuat demikian.

“Saya datang (ke La Liga) untuk menang bersama Atletico, bukannya mahu bermain menentang Messi,” ujarnya.

Rakan sepasukan Luis, Antoine Griezmann menduduki tangga ketiga dalam anugerah Ballon d’Or tahun lalu yang mana dia di belakang Ronaldo dan Messi. – AGENSI

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31