SUKAN

Debut sulung Leipzig ditunggu-tunggu

Debut sulung Leipzig ditunggu-tunggu


FORSBERG akan menggunakan pengalamannya beraksi di pentas Eropah bagi menggalas cabaran sulung Leipzig pada aksi Liga Juara-Juara menentang AS Monaco awal pagi ini.


LEIPZIG – Penampilan kali pertama pasukan Bundesliga, RB Leipzig dalam kancah Liga Juara-Juara musim ini pastinya amat dinanti-nantikan penyokong-penyokong setia kelab tersebut.

Leipzig bakal melayani kunjungan juara Liga Perancis, AS Monaco pada aksi pembukaan Kumpulan G yang akan berlangsung di Red Bull Arena awal pagi ini.

Pemain sayap sensasi Leipzig, Emil Forsberg menyatakan dia sudah tidak sabar untuk memulakan aksi pada saingan berprestij bola sepak Eropah itu selepas membantu pasukannya muncul naib juara musim lepas.

Sebelum ini, Forsberg memiliki pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara ketika mewakili kelab Sweden, Malmo pada saingan 2014/15 dengan menentang pasukan-pasukan gergasi seperti Juventus dan Atletico Madrid.

“Sebelum ini saya pernah beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara bersama Malmo pada musim 2014/15. Pada ketika itu, saya bermain menentang Atletico Madrid dan Juventus. Ia merupakan pengalaman berharga.

“Kami sudah tidak sabar untuk memulakan aksi dan sudah pastinya kami mahu mendengar lagu tema sebelum sepak mula. Saya membesar dengan lagu tersebut dan ia memberikan saya semangat sebelum perlawanan bermula,” kata Forsberg.

Pemain antarabangsa Sweden itu merupakan tonggak kejayaan Leipzig musim lalu selepas dia melakukan 19 umpanan serta meledak lapan gol dalam saingan Bundesliga. – AGENSI

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31