SUKAN

Hart akhiri badi

Hart akhiri badi


HART akhirnya beraksi cemerlang tanpa bolos selepas 23 perlawanan apabila membantu West Ham menang ke atas Huddersfield 2-0 pada aksi EPL awal pagi semalam.


LONDON – Akhirnya, buat pertama kali penjaga gol West Ham United, Joe Hart yang berdepan pelbagai masalah sebelum ini tiba-tiba beraksi bagus tanpa melepaskan sebarang gol ketika membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield pada aksi Liga perdana England (EPL) awal pagi semalam.

Kemenangan itu juga merupakan yang pertama buat skuad The Hammers dalam saingan musim ini selepas tewas tiga kali berturut-turut pada tiga perlawanan sebelum ini.

Untuk rekod, perlawanan tersebut juga merupakan kali pertama Hart tidak melepaskan sebarang gol selepas 23 perlawanan terdahulu sekali gus memberi sedikit keyakinan kepada penjaga gawang antarabangsa England itu.

Kali terakhir Hart tidak melepaskan gol dalam sesuatu perlawanan adalah ketika dia membantu bekas kelabnya, Torino melakar keputusan seri tanpa jaringan menentang Sasuolo pada aksi Serie A, Januari lalu.

Bekas penjaga gol No.1 England itu mengambil keputusan menyertai West Ham dari Manchester City secara pinjaman selama semusim dan setakat ini, dia sudah melepaskan 10 gol dalam tiga aksi terdahulu.

Bagaimanapun, The Hammers tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap penjaga gol berusia 30 tahun itu bagi menga­wal pintu gol pasukan tersebut pada saingan musim ini. – Agensi

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31