NEGARA

Stea berasaskan teh hijau tingkat kesihatan

Stea berasaskan teh hijau tingkat kesihatan


Mastura menunjukkan produk Stea keluaran syarikatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Dszara Health & Beauty mahu memberi tumpuan terhadap pengeluaran produk berasaskan teh hijau pada masa depan memandangkan kelebihan bahan mentah tersebut dapat membantu meningkatkan tahap kualiti kesihatan pelanggan.

Pengasas syarikat, Mastura Mohd. Shah berkata, buat masa ini syarikat telah memperkenalkan tiga produk baharu berasaskan teh hijau berjenama Stea iaitu produk minuman teh, sabun pencuci muka dan serum.

Menurutnya, produk sulungnya iaitu minuman teh Stea telah dilancarkan pada akhir tahun 2014 dan ia telah menggunakan serbuk teh hijau dari Jepun yang dapat membantu mengurangkan berat badan.

“Kajian dan pembangunan bagi produk minuman ini mengambil masa lebih daripada enam bulan.

“Kesan pengurangan berat badan dapat dilihat selepas sebulan menggunakannya secara konsisten tetapi ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang itu,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mastura menjelaskan, produk itu kini telah mencatat jualan sehingga 10,000 kotak sebulan dan ia disokong oleh komitmen daripada rangkaian pemasarannya yang meluas yang terdiri daripada 25 orang ejen di seluruh negara.

Produk berkenaan dijual pada harga RM60 sekotak yang mengandungi 28 keping sachet di dalamnya.

Selain itu, Mastura menerangkan, syarikat turut memperkenalkan dua produk untuk penjagaan kecantikan iaitu serum dan pencuci muka pada bulan Ogos lalu yang ditawarkan pada harga kombo untuk keduanya sebanyak RM89 satu set.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk dan menjadi pengedar, boleh menghubungi beliau di talian 016-961 6067.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 47