NEGARA

2 lelaki larikan Toyota Vellfire diburu

2 lelaki larikan Toyota Vellfire diburu


RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang suspek lelaki keluar daripada sebuah kenderaan sebelum bertindak mengumpil dan melarikan MPV Toyota Vellfire di Seksyen U13 Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM – Polis memburu dua lelaki selepas mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire milik seorang pengusaha salon kecantikan yang menjadi viral di laman sosial Facebook dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Jalan Prima E, Seksyen U13, Jumaat lalu.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan pergi ke kawasan berkenaan sebelum sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di hadapan MPV tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Nek Zaidi Zakaria berkata, berdasarkan rakaman te­levisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu mendapati dua suspek tersebut bertindak mengumpil kereta mangsa sebelum menghidupkan enjin dan membawanya lari.

“Mangsa berusia 33 tahun telah pergi ke kawasan berkenaan untuk berjumpa dengan kawannya.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kedua-dua suspek terbabit menjalankan kegiatan itu dengan menaiki sebuah kenderaan iaitu salah seorang suspek bertindak mengumpil kenderaan terbabit sebelum berjaya menghidupkan enjin dan melarikan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 16