NEGARA

Jenazah selamat dimakamkan

Jenazah selamat dimakamkan


SULTANAH HAJAH HAMINAH menyiram air mawar di atas pusara Almarhum Sultan Abdul Halim di Makam Diraja Langgar, Alor Setar.


ALOR SETAR – Jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini pada pukul 5.45 petang semalam.

Suasana sedih menyelubungi kerabat diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan makam diraja itu seawal pukul 1 petang.

Jenazah Almarhum sebelum itu dibawa ke makam diraja tersebut dengan pedati khas berwarna kuning dari Istana Anak Bukit di sini.

Cuaca cerah dengan tiupan angin sederhana mengiringi keberangkatan jenazah yang melalui Jalan Anak Bukit, Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar di sini.

Dalam pada itu, ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke makam diraja tersebut bagi memberi penghormatan ter­akhir terhadap jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim.

Turut berangkat mengiringi jenazah ialah Sultanah Hajah Haminah Hamidun dan Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29.

Sebelum itu, jenazah Almarhum disembahyangkan dengan diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang sebelum disema­yam di Balai Penghadapan Baru.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Abdul Halim.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 31