NEGARA

Tuntutan bekas suami Marissa rapuh

Tuntutan bekas suami Marissa rapuh


Muhzir


SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menolak tuntutan seorang ahli perniagaan, Muhzir Mohd. Zainuddin yang meminta bekas isterinya yang juga pelakon, Marissa Yasmin, 40, memulangkan empat utas jam tangan berjenama, kesemuanya bernilai RM45,000 selepas gagal membuktikan bahawa barangan tersebut merupakan miliknya.

Hakim Syarie, Firdawaty Mohammad dalam keputusannya turut menolak tuntutan Muhzir, 51, selaku plaintif supaya pelakon yang popular dengan drama Dendam Aurora itu memulangkan semula lima fail peribadi termasuk fail pinjaman dan ubah suai rumah selain fail membabitkan rekod kesihatan plaintif.

“Dalam kes empat utas jam berjenama, mahkamah mendapati plaintif tidak mampu membuktikan kewujudan barangan berharga itu dan tempat simpanan jam-jam berjenama IWC Ingenieur, Zenith Open Heart, Tag Heuer dan Tissot T Touch di dalam rumah yang pernah didiami bersama bekas isterinya itu.

“Plaintif juga tidak membawa saksi untuk mengesahkan kesemua barang-barang tersebut berada di dalam milikan plaintif dan disimpan di satu tempat dan saksi yang nampak defendan mengambil kesemua empat utas jam tersebut,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 16